Hello weirdo!

The only place where I can throw everything out without having to worry how in the world I am going to put it in 140 characters perfectly.





Random

"No rest for the wicked."




Misi Gunung

List of mountains (DONE)
Trans Full C-Curve
#40mountainsin2018
#30mountainsin2017
#20mountainsin2016
#10mountainsinJapan
#10mountainsin2014









Links

Lomohomes | Tumblr

Akmal | Ajiq

Julian.B | Kimmo.S








Tuesday, September 25, 2018, 3:34 PM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve Journey


Click here!

Hari Pertama
Hari Kedua
Hari Ketiga
Hari Keempat
Hari Kelima
Hari Keenam
Hari Ketujuh
Hari Kelapan
Hari Kesembilan
Hari Kesepuluh
Hari Kesebelas



This is for you Amir. 
May our moment last forever. 


In memory, 
Mohd Amir bin Maracar.
December 1982 - 25 September 2018
A friend, father and brother.
May Allah bless your soul, brother.











3:19 PM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Kesebelas)


Hari Kesebelas 

Cuaca : Mendung 
Campsite of The Day : Rumah! Hahaha.



Kem POC - puncak Gunung Stong - Resort


Hari terakhir! Cukup 11 hari kami berkampung di dalam hutan. Hari ni keluar untuk jumpa tamadun!

I always have mixed feeling whenever it comes to an end. I’m gonna miss all these. Sleeping under bivy, on the ground. Waking up to the sound of the forest, surrounded by trees and river. Packing rucksacks and dealing with cold trekking clothes. And the best part, you do it with people whom were once a stranger, now become more like a family, closer than ever.

If people were to ask why I love the woods so much, these are all the reasons. The list will be never ending. I might not have enough space to write it all down.

Langit seakan sedih ingin melepaskan kami pergi. Hujan turun dari malam semalam tanpa jemu. Tapi, hidup harus diteruskan. Kami tetap harus bergerak, keluar dan kembali ke realiti. Hutan adalah escapism, realitinya kami, di luar, di hutan konkrit. Tanggungjawab sabar menanti, orang tersayang mungkin tertanya-tanya keadaan kami di sini.

Kami meneruskan perjalanan ke puncak terakhir dalam ekspedisi Trans Full C-Curve, Puncak Gunung Stong. Jam 11 pagi kami bergerak, dan tepat jam 1.48 petang kami sampai ke Puncak Gunung Stong. Allahu... Alhamdulillah. Tak sabar rasanya nak turun!




Panjang betul jodoh dengan Stong. Here for the third time -.-"

Stong pun dah ada tangga guys!


Selesai bergambar, makan tengahari dan bermain dengan tupai (hahaha), dalam pukul 2.30 petang kami turun ke resort. Last time aku buat 4 jam juga la. Mengigil lutut woi! Kali ni aku jalan chill-chill je. Lutut nak kena jaga woi. Nak pakai lama woi! Banyak lagi gunung nak naik ni woi!




Kami berhenti sebentar di sungai untuk mengambil nafas. Laju natang sek sek ni. Aku yang tadi nak jalan chill-chill, terus jadi tak chill brader! Berdesup semua follow pace Abe Kie. Last-last aku dah berada dengan geng barisan hadapan sampai la ke resort. Hahaha. Trek yang aku anti/cuak dulu turned out to be yang paling tak bermasalah. Elok, cantik, lancar je proses turun aku. Wah wah wah! Apa sudah jadi ni? Hahaha.






Kami selamat tiba di resort pada jam 5.30 petang. Pergh! Laju! Turun-turun je terus ternampak kedai runcit resort masih lagi beroperasi. Apa lagi, "Bang! Air gas 5 botol!" Ahahaha. Tipu je, kita beli sebotol je, itu pun pinjam duit Wan Singapore sebab wallet ntah mana ntah aku campak. Hahaha.




Lega! Puas! 11 hari berjalan dengan lancar. Banyak pengalaman, ilmu, kenangan yang kami dapat, kutip dan sematkan dalam jiwa. Menjadi kumpulan pertama menyelusuri trek Full C-Curve adalah kejayaan yang boleh dibanggakan. Berharap ianya tidak hanya sampai di sini, berharap kami semua akan terus dan tetap mendaki selagi punya kudrat dan masih bernyawa.


Hmmm...sorry pakwe, kita dah sado. Hahaha.


All thirteen crack heads XD
From left,
Back : Wan Singapore, Wan JB, Megu, Bang Naz, Amir, Bang Toba, Abe Kie
Front : Izza, Nabila, Atiq, Kak Sal, Ana, Atin




The thing about long hiking trip is, you never thought you can and will survive it. When being strong is the only option you have, you then realize that you can do more and go far than you would ever imagine. ​(Izza Rosli)




Labels:







7:09 AM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Kesepuluh)


Hari Kesepuluh 

Cuaca : Mendung 
Campsite of The Day : Kem POC (sungai, 20 pax max) 




Kem Siam - Puncak Kona - Kem Labu - Puncak Padang Ragut - Kem Kobra* - Kem POC*



Yesterday prolly the longest sleep we had. 10 hours. Hahaha. Ye la sampai campsite pun pukul 4 petang. Hahaha. Cuaca pagi hari ni just nice, tenang, nyaman. Fuh! Kalau hari-hari macam ni kan best. 😌 Harapan. Hahaha. Makan pagi hari ni Nasi Goreng Ikan Tamban. Sedap! Terima kasih tukang masak! ​




For Kassim, with lotsa love XD


Kami gerak awal hari ni, seawal jam 10.13 pagi. Wow! Impressive! Disebabkan perjalanan jauh, makanya semua kena gerak awal. Trek nak ke Kem Kobra tu boleh tahan jauh wooo... Last time pergi sampai pukul 8 malam. Uhuhuhu. Barai.

Kami tiba di Kem Labu pada jam 2.37 petang. Sebelum nak menyampai tu, sesat dulu se-round dua. Hahaha. Dah turun, eh salah jalan, naik balik. Hahahaha.

Perjalanan ke Puncak Padang Ragut pula memang mantap jiwa raga. Berpuluh naik turun pun tak sampai-sampai lagi. Aku berjalan sampai dah tak pakai otak. Main jalan je. Abe Ki cakap jalan, jalan. Abe Ki cakap take 5, stop rehat. Like a machine, I am. Hahaha. ​




Kami tiba di Puncak Padang Ragut pada jam 4.24 petang. Jauh natang puncak yang satu ni. Kalau Puncak Seri Murni permulaan bagi trek Permatang C, Puncak Padang Ragut pula adalah penamat bagi trek Permatang C. Selesai pasang papan tanda, bergambar bersama, kami turun untuk ke destinasi seterusnya, Kem Kobra. Dan yeay! Kita dah settle trek Permatang C, menuju ke trek Jelawang pula! ​






Kali ni guna jalan lain. Tak sampai 3 jam dah sampai ke sungai besar. Kami tiba di Kem Kobra pada jam 6.50 petang. Panjang betul jodoh aku dengan Kem Kobra ni. Tiga kali dah ni. Kali pertama masa Permatang C, kali kedua masa Trans Jelawang, kali ketiga ni ha Trans Full C-Curve. ​








Mulanya nak bermalam di Kem Kobra, tapi atas sebab-sebab tertentu (coughangkercough), kami lajak sikit ke Kem POC. Kami tiba di Campsite of The Day β€” Kem POC pada jam 7.30 malam. ​

Campsite pun tepi sungai juga. Apa lagi, mandi la woi! Malam tak malam, sejuk tak sejuk, mandi tetap mandi. Hahaha.

Malam terakhir! Esok kami akan keluar dari hutan. Sekejap je dah hari kesepuluh. Rasa macam baru semalam bermalam kat Kem BCA. Huhuhu.

Dinner malam ni Sup Suhun, Ikan Masin dan Sambal Kentang! Sedap! Terima kasih tukang masak! ​







"Aku nak pergi ke bulan jap." (Megu)


Labels:







7:04 AM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Kesembilan)


Hari Kesembilan 

Cuaca : Hujan (Tengahari) 
Puncak : Kumbang, Puncak 3 Puncak, Kopi, Helang 
Campsite of The Day : Kem Siam (sungai, 20 pax max) 





Kem Katak - Puncak Tiga Puncak - Puncak Helang - Kem Siam*



Pagi yang tenang! Walaupun malam tadi angin kuat berperang di luar. Macam nak roboh fly. Kami bangun dan bersiap awal, sebab baju kering. Tiada adegan termenung tengok baju trekking pagi ni. Hahaha. Setelah siap cacak signboard dan bergambar, briefing sekejap, ANGKAT SAYUR! ​










Setelah satu jam berjalan, kami sampai di Puncak Kumbang. Dinamakan Puncak Kumbang kerana terdapat sarang kumbang di atas pokok, di puncaknya. ​




Kami meneruskan perjalanan ke puncak seterusnya, Puncak 3 Puncak. Haaa... trek ni aku ingat sebab last time datang sini kena hadap pacak mencanak masa hujan lebat. Apa pun tak nampak. Kali ni dia belanja cuaca cantik masa naik. Alhamdulillah. Tepat jam 1 petang kami sampai di Puncak 3 Puncak. Okay, lunch sini! ​




Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Haaa tu dia. Baru nak angkat sayur (baca : sauh, baca : beg), hujan terus turun dengan lebatnya. Nasib baik aku dah balut beg siap-siap. Lega. Kami meneruskan perjalanan lagi ke puncak seterusnya, Puncak Helang. Antara banyak-banyak puncak di Permatang C, Puncak Helang antara yang paling aku suka. Atas puncak ni ada sarang burung helang. Rare tak rare. Mujur masa pasang signboard helang tu pergi kerja, balik lambat. Kalau tak, masak la semua orang. Hahaha. ​






Settle signboard, gerak! Kita ke Campsite of The Day β€” Kem Siam. Tepat jam 3.45 petang kami sampai ke campsite. Wah! Impressive! Hari ni dinner awal, seawal jam 7 malam. Jam 8 dah masuk tidur. Hahaha. ​





β€œKita jalan 6 jam, tidur 12 jam.” (Wan Singapore) ​


Labels:







6:52 AM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Kelapan)


Hari Kelapan

Cuaca : Panas Mendung
Puncak : Fiatarabas, Tempe, Junction
Campsite of The Day : Kem Katak (sungai, 20 pax max)




Kem Haus - Puncak Fiatarabas - Puncak Tempe - Puncak Junction - Kem Katak*



Pagi kami disapa oleh matahari! Yeay! Cuaca baik, cantik! Sarapan hari ini simple, nasi panas dan sambal ikan bilis pes Sharifah Food. Sedap woi! Haha. Mudah. Kat Kem Haus ni tak payah la gigih nak masak beria. Air tak ada, tapak campsite dah serupa sawah padi. Nak bergerak bawah fly pun tak boleh. ​






Kami bersiap, pasang papan tanda dan ambil gambar bersama sebagai kenangan. Kami bergerak pada jam 11 pagi. Destinasi Campsite of The Day β€” Kem Katak. ​






Trek Permatang C memang terkenal dengan the never ending peaks journey. Last time pergi Permatang C naik 16 puncak, itu yang bernama. Yang tak bernama tak terkira banyaknya lagi. Hahaha. ​

Tepat jam 1.45 petang kami berhenti untuk makan tengahari di Puncak Fiatarabas. Maggi lagi guys. Tak ada air punya pasal. Hahaha. ​






Kami teruskan perjalanan ke puncak seterusnya setelah selesai lunch dan berehat. Dari jauh kami lihat sayupnya kepacakan Puncak Junction. Allahuuuu.... sap kok lu. Hahaha. ​




Kami sampai di Puncak Junction pada pukul 3.20 petang. Pacak papan tanda, tangkap gambar macam biasa, dan teruskan perjalanan. ​




Setelah sejam setengah berjalan, kami sampai ke Kem Katak. Yeay! Air sungai! Kami dah seminggu tak mandi. Bila dapat mandi tu, allahuuuu... bahagianya. Okay, dah wangi now, esok busuk balik ​






Menu makan malam hari ni Sambal Sotong! Sedap! Terima kasih tukang masak! ​






Nota kaki : Kem Katak dapat nama sebab masa rintis dulu, waktu dorang nak tidur malam tu bunyi katak paling kuat, paling bising. Terus bagi nama Kem Katak. Sekian. ​


Labels:







6:42 AM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Ketujuh)


Hari Ketujuh

Cuaca : Panas Mendung (Pagi) / Hujan (Petang)
Puncak : Seri Murni
Campsite of The Day : Kem Haus (lopak air, 20 pax max)




Kem Singgah (Emergency Campsite) - Puncak Seri Murni - Kem Haus



It’s sunrise! Akhirnya, Tuhan beri rezeki kami lihat matahari terbit dari kawasan campsite. Teriklah seterik-teriknya ya hari ini, Sang Matahari. Kami rindu dengan hangatnya sinaran mentarimu. ​




Hari ni kami mula trekking awal, 10.45 pagi sebab cuaca panas, cantik. Berharap cuaca akan kekal begini sampai la hari yang terakhir. Setelah 45 minit bertarung dengan buluh, kami sampai ke Puncak Seri Murni juga akhirnya. Alhamdulillah. Permatang C all over again guys. 15 peaks to go. Nangis now.








Kita sambung lagi berperang dengan buluh dan tanah lumpur kena pijak gajah. Hari ni Campsite of The Day β€” Kem Haus! ​




Kami tiba di Kem Haus pada jam 3.22 petang. Perancangan Tuhan tu cantik. Elok je kami siap pasang fly, hujan turun selebat-lebatnya. Rezeki. Lopak air di Kem Haus pun kering. Buntu juga tadi nak cari air di mana. Kami pun cepat-cepat keluarkan segala botol yang ada, tadah air hujan. Alhamdulillah. Sekarang, tunggu redanya hujan sebab air mengalir macam sungai bawah fly ni. Nak bentang ground memang tidak la brader. Jadi, beramai-ramai duduk di bawah fly dengan baju trekking yang basah. Huhuhu. ​






Dan malam ni harus operasi seluar! Seluar longgar hoi! Setiap kali berjalan melurut ya ampunnnn serabutnya. Mujur Ana bawa jarum dan benang. Aku punya boleh pula tertinggal. Heh! ​






Biar la warna benang lain-lain pun. Janji seluar tak longgar dah. Huhuhu. Makan malam kami hari ni memang power.


Masak Lemak Ikan Masin Nenas! Fuh! 



Nota kaki : Puncak Seri Murni adalah permulaan bagi trek Permatang C. ​


Labels:







6:32 AM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Keenam)


Hari Keenam 

Cuaca : Hujan 
Campsite of The Day : Kem Singgah (lopak air, 15 pax max) 





Kem Shah Alam - Kem Singgah (Emergency Campsite)


Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Tapi masing-masing masih lena dibuai mimpi. Hujan baiiii... ​






Haaaa hujan! Aku terus keluarkan periuk, tadah air. Lantak, bersih tak bersih belakang kira. Janji ada air. Huhuhu. Tak lama, dah penuh separuh periuk. Yes! ​Lepas tu sambung tidur. Layan sejuknya hujan sambil dengar playlist. Huhu. ​




Hari ni semua lemau sebab hujan, tak breakfast (sebab tak ada air, jadi tak boleh masak). Makanya, semua gerak jam 12.30 petang. Trek hari ni trek permatang. Turun naik, turun naik. Bukit tak payah cakap, berbukit-bukit. ​






Setelah berjalan lebih kurang 3 jam, kami berhenti, cari air untuk masak brunch. Brunch pukul 3.30 petang uiiii. Mendapat! Hujan masih lagi turun. Tiada tanda-tanda mahu berhenti. Otak jem! Hanya mampu masak maggi je guys. Hujan punya pasal. Masak dan makan ramai-ramai bawah payung. Masa ni la kau rasa maggi tu makanan paling sedap dalam dunia. ​








Perjalanan diteruskan lagi. Campsite of The Day β€” jumpa mana-mana kawasan lapang, bersih ratakan, jadikan campsite. Hahaha. Setelah berjalan selama 30 minit, kami jumpa satu kawasan agak rata, tapi sedikit sempit. Boleh la dari tak ada. Nak jalan lagi, dah pukul 5 petang, air pula tak ada. Makanya, kita park kat sini je la guys. Langit masih lagi sedih, air hujan masih lagi menitik. Kami cuma berharap esok matahari tak merajuk lagi. ​


Dan malam ni kari ikan masin guys! 




β€œBiar baju bau asap, jangan bau busuk.” (Izza Rosli) ​


Labels: