Hello weirdo!

The only place where I can throw everything out without having to worry how in the world I am going to put it in 140 characters perfectly.





Random

"No rest for the wicked."




Misi Gunung

List of mountains (DONE)
Trans Full C-Curve
#40mountainsin2018
#30mountainsin2017
#20mountainsin2016
#10mountainsinJapan
#10mountainsin2014









Links

Lomohomes | Tumblr

Akmal | Ajiq

Julian.B | Kimmo.S








Saturday, September 22, 2018, 7:32 AM
‘Double Trouble’ Trans Full C-curve (Hari Pertama)


          Trans Full C-Curve adalah antara trip gunung yang paling aku tunggu-tunggu, sejak 2016 selepas pulang dari trip Permatang C. Boleh dikatakan hampir setiap kali jumpa Ijan dan Bang Naz, aku akan minta mereka untuk buat trip Full C-Curve ni (hihihi). Apa istimewanya trip ni? Apa yang best sangat? C-Curve tu apa? C-curve ni merujuk kepada bentuk trek (jika dilihat dari peta topo). Kalau disambung titik permulaan trek hingga ke penamat, ianya akan berbentuk C. Permatang C juga dipanggil C-Curve, tapi bentuk C yang kecil. Trek Full C-Curve ni bentuk C yang lebih besar, dimana permulaan trek di Empangan Sg. Terang hingga ke puncak Gunung Stong. Dan Permatang C tu  la penyambung antara trek Trans Noring dan Jelawang. 

          Kali pertama dan terakhir orang masuk trek ni masa 2014, waktu rintis dulu. Jadi, kami boleh dikatakan kumpulan pertama untuk orang luar/open trip yang cuba untuk lalu trek ni. Seramai 13 pendaki menyertai ekspedisi ini — 1 guide, 2 crews and 10 crack heads. Orang gila je yang nak join benda-benda macam ni, yang waras semua duduk lepak kat rumah, netlix and chill. Hahaha.


Trans Noring - Permatang C - Jelawang (Stong)



Hari Pertama

Cuaca : Mendung
Campsite of The Day : Kem Sup Sakai (sungai, 20 pax max)


Empangan Sg. Terang - Kem Sup Sakai


Kami memulakan ekspedisi 11 hari ‘Double Trouble’ Trans Full C-Curve dengan perasaan bercampur-baur. Tak tau nak rasa apa. Gementar, gembira, teruja, sedih, takut semua ada. Aku tak pernah buat Trans Noring ni. Jadi tak tau nak fikir apa. Macam-macam versi pengalaman yang aku dengar, dan rata-ratanya versi yang tak sedap di dengar. Huhu. Hadap je la apa pun yang bakal terjadi nanti. But one thing fosho, we always expect for the worst. Hahaha. 




Pembahagian ration

Ini pun bahagi sama rata. Besar natang signboard. Nasib baik beg muat woi! Kalau tak kena lipat dua la jawabnya. Haha


Aku bawa dua ni. Terima kasih KRMBSA sudi taja signboard kami. Lain kali boleh sponsor lagi. Eh.

Beg kali ni lebih besar dan lebih berat dari trip V3.


Dua orang gila. Habis V3, terus layan Full C-Curve. 



Kami tiba di starting point — Empangan Sungai Terang pada jam 12.44 petang.



Muka-muka naif yang tak tau azab apa yang dorang bakal hadap 11 hari nanti. Hahaha.


Nasib kami baik kali ni sebab empangan kering, cuaca baik, cantik. Jadi, kami tak ada masalah nak lintas empangan. Tapi, amboiii.... nak dekat pukul 1 petang baru nak mula trekking, santai sangat ni. 







Setelah berjalan lebih kurang 1 jam, kami berhenti di sungai pertama untuk makan tengahari. Selesai makan dan berehat, kami meneruskan perjalanan ke sungai kedua. Kami harus melintas dua sungai untuk sampai ke destinasi, Campsite of The Day — Kem Sup Sakai.






Kami tiba di kem pada jam 4.42 petang. Hari pertama sangat santai. Hanya trekking dalam 3-4 jam sahaja. Gembira la sikit, dengan beban beg yang berat, tak bersedia lagi rasanya nak henjut. Kami ada 10 hari lagi nak hadap.





Nota kaki : Balik V3 (21 hari), rehat 2 minggu, terus lenjan Full C-Curve (11 hari). Hardcore trip back-to-back. Hahahahahahaha. Moga badan tak jahanam la ceritanya. 


Labels: