| ||
Hello weirdo!
Random Misi Gunung List of mountains (DONE) Trans Full C-Curve #40mountainsin2018 #30mountainsin2017 #20mountainsin2016 #10mountainsinJapan #10mountainsin2014 Links Akmal | Ajiq Julian.B | Kimmo.S |
Tuesday, September 25, 2018, 12:53 AM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Ketiga) Hari Ketiga Cuaca : Hujan Puncak : Gunung Anak Noring Campsite of The Day : Kem Toba (no waterpoint, 20 pax max)
Kem BCA - Puncak Anak Noring - LWP - Kem Toba
Pagi kami disambut dengan cuaca baik, ditambah pula dengan cantiknya pemandangan di Kem BCA, terasa tenang nak memulakan perjalanan ke Puncak Anak Noring yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami makan pagi, bersiap dan kemas beg. Tepat jam 10.45 pagi, kami bergerak menuju ke destinasi hari ini. Tapi, gembira kami tak lama. trek sejam pertama sudah menduga kesabaran. Trek yang tidak jelas, semak samun, pacak mencanak, penuh duri kiri dan kanan, high step, dan ditambah lagi dengan beban beg yang belum ada tanda-tanda berkurang sangat menguji mental dan fizikal kami sebagai pendaki. Kami berhenti sebentar untuk re-group dan mengambil nafas. Memandangkan perjalanan ke Kem Bonsai jauh lagi (kira-kira 4 jam perjalanan kalau siang, kalau malam tambah lagi, jadi 6 jam), kami membuat keputusan untuk bermalam di Kem Toba je. Kalau diteruskan, kemungkinan untuk OT lagi malam ni adalah sangat tinggi, dan jangkaan paling awal untuk tiba di Kem Bonsai adalah pada jam 11-12 kurang lebih. Dengar je prediction perjalanan macam tu, tanpa berfikir panjang, terus kami setuju. Lagipun nak pikul air sampai ke Kem Bonsai tu tak kelakar brader. Hahaha. Langit tak selalunya cerah, awan mendung bertandang secara tiba-tiba, rintik-rintik hujan mulai turun, renyai dan semakin lebat. Kami tiba di puncak Gunung Anak Noring pada jam 1.53 petang. Aku terus menuju ke beirut untuk mendapatkan perlindungan dari hujan dan angin. Pemandangan sekitar puncak ditutup dengan kabus tebal, Hujan masih lagi turun berserta angin sejuk sekali sekala. Ya ampunnn... siapa lupa tutup aircond ni woi! Haaa masa ni la teringat betapa hangatnya selimut di rumah. Menangis dalam hati merintih sayu, "Apa la yang aku buat kat sini ni?" T.T Kami menunggu semua ahli tiba untuk makan tengahari bersama. Setelah selesai, kami memasang papan tanda dan mengambil gambar kumpulan. Hujan masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Kami membuat keputusan untuk meneruskan saja perjalanan ke LWP dan seterusnya ke Kem Toba — Campsite of The Day. Perjalanan ke LWP agak santai, banyak menurun, boleh lalalala. Tapi lepas je LWP, trek nak ke Kem Toba tu... Allahu... mantap jiwa raga cui! Bermula dari sungai LWP, pacakan dagu bertemu lutut, trek tiada step, ditambah beban beg, tambah lagi kena pikul air. HADAP! Berat beg kali ni memang tak kelakar. Lagi berat dari berat beg masa V3 Fasa 2, tambah lagi 5L air. Haaaaa HADAP! Mujur canak dia sejam lebih je. Kalau shoot terus ke Kem Bonsai 6 jam ni, mau senak perut woi!
Kami tiba di Kem Toba pada jam 5.50 petang kurang lebih. Alhamdulillah. Saat letak beg tu, Allahu... rasa ringan badan, macam nak terbang! Kami terus set up fly, bentang ground dan tukar baju. Masing-masing kesejukan, memang pantas buat kerja. Dari jauh terlihat matahari terbenam di sebalik pokok-pokok. Berharap cuaca elok-elok saja malam ni, begitu juga untuk hari-hari seterusnya.
Nota kaki : Satu signboard dah settle, tinggal satu lagi. Bertemulah kita pada hari kesembilan nanti ye Puncak Helang. Huhuhu.
Labels: fullccurve |