| ||
Hello weirdo!
Random Misi Gunung List of mountains (DONE) Trans Full C-Curve #40mountainsin2018 #30mountainsin2017 #20mountainsin2016 #10mountainsinJapan #10mountainsin2014 Links Akmal | Ajiq Julian.B | Kimmo.S |
Tuesday, September 25, 2018, 1:38 AM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Keempat) Hari Keempat Cuaca : Hujan Puncak : 1633 Campsite of The Day : Kem Setinggan (no waterpoint, 15 pax max)
Kem Toba - Kem Bonsai - Kem Kubu - Kem Setinggan
Pagi kami dikejutkan dengan suara azan Subuh Wan. Seterusnya, bebelan Bang Naz berperang dengan Atiq di dapur. Inilah rutin harian kami. Bunyi-bunyi inilah yang akan dirindui nanti. Kami bersiap setelah makan pagi, dan pack lunch. Hari ni kami terlewat sedikit sebab masing-masing termenung tengok baju trekking yang basah dek kerana hujan semalam. Hmmmmm.... nak tak nak memang kena sarung. Hadap! Kami memulakan perjalanan pada jam 10.42 pagi. Perjalanan ke Kem Bonsai mengambil masa lebih kurang 4 jam, bergantung pada pace line-up. Mungkin lebih jika ada yang cedera atau pewai. Tapi setakat ni semua okay dan masih bersemangat. Trek menuju ke Kem Bonsai cantik dan menenangkan jiwa. Sebelum kem Bonsai, kami melalui satu puncak, Puncak 1633. Setelah berjalan dalam 10 minit, kami tiba di Kem Bonsai pada jam 3.20 petang. Di sini kami re-group, pasang papan tanda, dan mengambil gambar bersama. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Campsite of The Day — Kem Xxx. Sebenarnya, plan asal nak bermalam di Puncak Noring Timur. Tapi tu la, orang cakap tu namanya cita-cita tinggi, cari pasal pun ye. Hahaha. Nak ke LWP sebelum ke Kem Toba tu pun kena hadap 5-6 bukit. Itu pun dah koyak rabak mental, tak tau la macam mana azabnya nak ke Puncak Noring Timur hari ni jugak. Ada jugak yang cranky tak mau jalan ni kang bila kena OT sampai jam 12 malam. Hahaha. Tepat jam 6.30 kami sampai di LWP sebelum Kem xxx (tak ada nama lagi). Kami berhenti untuk ambil air, berehat dan menunggu hingga waktu Maghrib masuk. Aku dah cranky dah ceritanya. Lapar, sakit pinggang, sakit kaki, sejuk, tambah lagi hujan, beg basah. Wuhuhuhu... Tak kelakar brader. Koyak jiwa raga. Kami terus sambung trekking bila hujan turun balik. Tak kelakar woi pasang fly time hujan, sejuk, malam, dengan anginnya. Rasa nak nangis sejuk dia. Kami tiba di campsite jam 8 malam kurang lebih. Mujur hujan dah berhenti. Kalau tak, mungkin aku kena pinjam benang dan jarum sesiapa untuk jahit balik mental yang dah koyak rabak ni. Ahahaha :’( Nota kaki : Sejenis tak boleh function kalau sejuk. Automatically, otak tak ada. Sobs :’( Labels: fullccurve |