| |||
Hello weirdo!
Random Misi Gunung List of mountains (DONE) Trans Full C-Curve #40mountainsin2018 #30mountainsin2017 #20mountainsin2016 #10mountainsinJapan #10mountainsin2014 Links Akmal | Ajiq Julian.B | Kimmo.S |
Tuesday, September 25, 2018, 6:32 AM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Keenam) Hari Keenam Cuaca : Hujan Campsite of The Day : Kem Singgah (lopak air, 15 pax max)
Kem Shah Alam - Kem Singgah (Emergency Campsite)
Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Tapi masing-masing masih lena dibuai mimpi. Hujan baiiii... Haaaa hujan! Aku terus keluarkan periuk, tadah air. Lantak, bersih tak bersih belakang kira. Janji ada air. Huhuhu. Tak lama, dah penuh separuh periuk. Yes! Lepas tu sambung tidur. Layan sejuknya hujan sambil dengar playlist. Huhu. Hari ni semua lemau sebab hujan, tak breakfast (sebab tak ada air, jadi tak boleh masak). Makanya, semua gerak jam 12.30 petang. Trek hari ni trek permatang. Turun naik, turun naik. Bukit tak payah cakap, berbukit-bukit. Setelah berjalan lebih kurang 3 jam, kami berhenti, cari air untuk masak brunch. Brunch pukul 3.30 petang uiiii. Mendapat! Hujan masih lagi turun. Tiada tanda-tanda mahu berhenti. Otak jem! Hanya mampu masak maggi je guys. Hujan punya pasal. Masak dan makan ramai-ramai bawah payung. Masa ni la kau rasa maggi tu makanan paling sedap dalam dunia. Perjalanan diteruskan lagi. Campsite of The Day — jumpa mana-mana kawasan lapang, bersih ratakan, jadikan campsite. Hahaha. Setelah berjalan selama 30 minit, kami jumpa satu kawasan agak rata, tapi sedikit sempit. Boleh la dari tak ada. Nak jalan lagi, dah pukul 5 petang, air pula tak ada. Makanya, kita park kat sini je la guys. Langit masih lagi sedih, air hujan masih lagi menitik. Kami cuma berharap esok matahari tak merajuk lagi.
“Biar baju bau asap, jangan bau busuk.” (Izza Rosli)
Labels: fullccurve |