| ||
Hello weirdo!
Random Misi Gunung List of mountains (DONE) Trans Full C-Curve #40mountainsin2018 #30mountainsin2017 #20mountainsin2016 #10mountainsinJapan #10mountainsin2014 Links Akmal | Ajiq Julian.B | Kimmo.S |
Tuesday, September 25, 2018, 7:04 AM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Kesembilan) Hari Kesembilan Cuaca : Hujan (Tengahari) Puncak : Kumbang, Puncak 3 Puncak, Kopi, Helang Campsite of The Day : Kem Siam (sungai, 20 pax max)
Kem Katak - Puncak Tiga Puncak - Puncak Helang - Kem Siam*
Pagi yang tenang! Walaupun malam tadi angin kuat berperang di luar. Macam nak roboh fly. Kami bangun dan bersiap awal, sebab baju kering. Tiada adegan termenung tengok baju trekking pagi ni. Hahaha. Setelah siap cacak signboard dan bergambar, briefing sekejap, ANGKAT SAYUR! Setelah satu jam berjalan, kami sampai di Puncak Kumbang. Dinamakan Puncak Kumbang kerana terdapat sarang kumbang di atas pokok, di puncaknya. Kami meneruskan perjalanan ke puncak seterusnya, Puncak 3 Puncak. Haaa... trek ni aku ingat sebab last time datang sini kena hadap pacak mencanak masa hujan lebat. Apa pun tak nampak. Kali ni dia belanja cuaca cantik masa naik. Alhamdulillah. Tepat jam 1 petang kami sampai di Puncak 3 Puncak. Okay, lunch sini! Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Haaa tu dia. Baru nak angkat sayur (baca : sauh, baca : beg), hujan terus turun dengan lebatnya. Nasib baik aku dah balut beg siap-siap. Lega. Kami meneruskan perjalanan lagi ke puncak seterusnya, Puncak Helang. Antara banyak-banyak puncak di Permatang C, Puncak Helang antara yang paling aku suka. Atas puncak ni ada sarang burung helang. Rare tak rare. Mujur masa pasang signboard helang tu pergi kerja, balik lambat. Kalau tak, masak la semua orang. Hahaha. Settle signboard, gerak! Kita ke Campsite of The Day — Kem Siam. Tepat jam 3.45 petang kami sampai ke campsite. Wah! Impressive! Hari ni dinner awal, seawal jam 7 malam. Jam 8 dah masuk tidur. Hahaha.
“Kita jalan 6 jam, tidur 12 jam.”
(Wan Singapore)
Labels: fullccurve |