| |||
Hello weirdo!
Random Misi Gunung List of mountains (DONE) Trans Full C-Curve #40mountainsin2018 #30mountainsin2017 #20mountainsin2016 #10mountainsinJapan #10mountainsin2014 Links Akmal | Ajiq Julian.B | Kimmo.S |
Tuesday, September 25, 2018, 6:21 AM
'Double Trouble' Trans Full C-Curve (Hari Kelima) Hari Kelima Cuaca : Hujan Puncak : Gunung Noring Timur Campsite of The Day : Kem Shah Alam (no water point, 15 pax max)
Kem Setinggan - Puncak Noring Timur - Kem Shah Alam
Setelah perbincangan pagi over breakfast (cewah), kami sebulat suara membuat keputusan untuk beri nama campsite, Kem Setinggan, disebabkan kawasan kem dan fly malam tadi yang sangat kesian. Serupa pelarian dah fly masing-masing. Setelah briefing (heh briefing ke?), kami bergerak menuju ke Puncak Noring Timur. Yeay! Hari ni habis trek Trans Noring dan kita akan masuk ke trek Permatang C. Hooray! Hari ni kita mula trekking jam 11 pagi ye kawan-kawan. Hahahaha. Mendapat la petang karang. Hooray! Trek menaik, mencanak, merangkak, menyelit. Tapi part bergaduh dengan buluh paling seronok. Dengan Abe Ki memang jenis tak menebas mana, dengan ketiadaan bulldozer, buat aku rasa menyesal gila tak asah Mora tajam-tajam. Sekurang-kurangnya dapat balas dendam balik kat buluh-buluh, pohon-pohon kayu menjalar duk tarik beg aku kebelakang tu. Aiiiii... gua panas je tengok lu ni. Kami sampai di Puncak Noring Timur pada jam 1.50 petang. Macam biasa, pasang papan tanda, lunch, ambil gambar sama-sama. Dan turuuunnnnnn. Campsite of The Day — Kem Shah Alam. Kenapa nama dia Kem Shah Alam? Sempena nama sponsor papan tanda kita. Terima kasih! Lepas ni boleh sponsor lagi. Hihihi. Tak sampai 10 minit turun dari Puncak Noring Timur, hujan mulai turun. Hmmmm... hujan lagi. Kami berjalan dan terus berjalan. Pukul 5 je kami akan stop mana-mana buka campsite sebab trek dari Noring ke Permatang C ni tak ada sangat. Kena mencari. Kali terakhir orang masuk untuk Full C-Curve pada tahun 2014. Jadi bayangkan la trek dia macam mana. Tak terbayang. Dalam pukul 4.30 petang kami berhenti di satu kawasan rata. Bila dengar je “Ini macam boleh jadi campsite ni.” Considered done! Terus lapang kawasan tu kami kerjakan. Hahaha. Tiba-tiba Abe Ki datang dari arah bertentangan, “Sini tak ada air.” Alamak! Macam mana ni? Area campsite dah clear, kami semua pula tengah pasang tali dan fly. “Tak apa, kita set up dulu. Air kita fikir kemudian,” kata Abg Naz. Bila semua dah siap, fly dah pasang, ground dah bentang, ration sudah dibawa ke dapur, baju dah ditukar, barulah Abg Naz tanya “Okay, siapa ada air yang boleh disumbangkan untuk masak?” Haaaa masa ni la kita dapat lihat siapa yang sanggup berkorban demi kebaikam bersama. Ada yang sumbangkan 1 bladder air (1.5L), ada yang beri 500ml sahaja. Berapa banyak yang diberi tak penting, yang penting dia punya semangat mahu menolong kumpulan untuk kelancaran trip. Itu yang seharusnya para pendaki tanam dalam diri masing-masing. Perangai pentingkan diri tu tolonglah buang jauh-jauh bila dalam hutan ni. Berkat pertolongan dan kerjasama antara line-up, proses memasak makan malam berjalan lancar. Semua dapat makan sedap dan semua tidur dengan perut yang kenyang. Tak sabar nak tunggu hari esok!
Haha! Nota kaki : Sesuai dengan nama campsite, Kem Shah Alam juga mengalami masalah air yang serius. Selangor kan Labels: fullccurve |